Wednesday, February 4, 2009

ILMU DARI HPA- MENGESAN PENYAKIT MELALUI RASA HATI

Muqadimah
Kita patut mengetahui mengesan penyakit melalui rasa hati pesakit salah satu kaedah yang tepat untuk mencari kelemahan pada tubuh pesakit.Sejumlah maklumat yang dsalurkan melalui rasa perlu diterjemahkan secara ilmiah dan bersih dari syak wasangka.Kegagalan untuk mentafsirkannya sering dihubungkan dengan peranan makhluk halus(jin).Kesesatan ini akan lebih jauh bila perawat pula mengakui mempunyai kemampuan untuk mendiagnosis penyakit dengan hanya telahan-telahan yang kadangkala betul dan kadangkala salah.
Keinginan untuk sembuh dan kepercayaan yang tinggi pada perawat akan membawa kepada pemujaan alam mistik dan pengagungan sesame manusia.
Syaitan mengambil peluang membisikan seribu cadangan untk menyesatkan manusia melalui agen mereka yang bernama perawat.
Kita selalu mendengar perkataan seperti :-

1. kena buatan orang
2. Pintu rezekinya ditutup
3. Tutup nafsu
4. lambat joduh
5. suami dibodohkan dan lain-lain lagi.

Ini semuanya jalan yang memudahkan jalan pesakit memilih jalan khurafat tanpa disedari.Mereka akan pergi mencari manusia yang dikatakan istimewa yang mampu untuk memberikan air ajaib yang dapat mengembalikan semula kepada kehendak tersebut.Perawat menggunakan perbagai kaedah untuk mengubati seperti,batu,keris,limau perut,pakaian,asam,kain kuning,garam dan lain lain lagi.Sewaktu merawat beberapa kalimah dan bacaan digunakan.Perawat kadangkala termuntah,mengeluarkan batu,pengsan , berubah suara,bernafas kencang,mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala yang cukup menyakinkan pesakit kemampuannya mengetahui yang ghaib. Semua yang dipaparkan merupakan jalan menuju kebinasaan dan terkeluar daripada batasan pengubatan islam yang dibawa oleh Rasullulah S.a.w. Pertanyaan lagi,bolehkah sesaorang perawat menggunakan khadam dalam pengubatan?sering kita mendengan perkataan khadam ayat,iaitu beberapa kalimah suci al-quran diamal sehingga mendatangkan pendamping iaitu khadam ayat.

Kelebihan yang datang daripada karamah sesaorang manusia terbahagi kepada dua:
1. Karamah berkhadim
Dengan mengamalkan ayat-ayat menurut kaifiyat tertentu yang mempunyai niat khusus.setelah cukup bilanganya jumlah dan tempoh masa mampu melakukan perkara yang mencarik adat seperti tidak luka dengan senjata tajam,boleh digantung,ditembah tidak luka,membaca gerak hati orang dan berbagai lagi yang luar biasa. Penggunaan rajah yang dikenali sebagai wafak turut diperkenalkan dan dikatakan dari bentuk pengubatan islam.
Maha Suci Allah yang telah menghantar nabi-nabi membawa risalah yang benar,jalan yang benar dan saya amat meyakini keramat berqadim akan menjadi HIJAB antaranya dengan Allah.Paling mudah diserang dengan penyakit hati dan rugilah amalan yang bukan dari sunnah nabi dan bukan dari jalan orang-orang sufi.

2. Karamah aulia
Dia beramal bukan kerana mahukan kelebihan malah kalau datang kelebihan cepat-cepat sedar itu adalah cobaan yang akan melencongkan hatinya yang beribadat hanya mencari kerezaan Allah bukan kelebihan diri.Zikirnya kerana Allah,mahukan keampunan,keredhaan dan sering mencari cela diri dari melihat kelemahan orang lain. Allah yang mahu tahu telah memberikan kepada manusia sejenis ini dengan kelebihan yang tidak diminta pada waktu dan saat-saat tertentu.itupun kebiasaanya sangat terselindung bagi menjaga hati walinya dari merasakan keakuannya seperti contuh saat hendak berangkat dalam perjalanan tiba-tiba terlepas kenderaan.kemudian terdengar berita kenderaan itu terjatuh dalam juram yang dalam dan kesemua penumpang meninggal. Bagi mereka yang berjalan menuju Allah tidak sempat pada mereka mengadakan ibadat yang bertujuan keduniaan kerana besarnya ketakutan mereka dengan yang bakal dilalui nanti.

Fahamilah.
Ubat sebenar dari Allah.Kesakitan ialah qadhar daripada Allah.
Ada 2 maksud pesanan dari Nabi
1. Setiap penyakit ada ubatnya
2. Tidak berubah qadar itu melaikan dengan doa.

Pengubatan Rasullulah S.A.W

1. Ilahiah
Al-quran
- Di baca dengan niat ibadat
- Memahami isinya
- Menghafal
- Mengajar
- Mengamalkan
- Meyakini
- Doa /rukyah
- Doa/rukyah yang di ajar oleh Rasullulah
- Puasa
- Air zam-zam .

2. Alamiah
- madu
- bekam
- tumbuh tumbuhan dll.

3. Gabungan keduanya.

Tauhid yang benar
Pimpinilah pesakit agar dapat merasakan bahawa kesakitanya daripada dirinya sendiri,sebagai kifarah kepada dosa-dosanyanya dan Allah sedang memandangnya dengan pandangan rahmat.Jangan menuding jari pada orang lain dan percaya pada kata-kata yang tidak berasas walaupun datang dari orang yang dia percayai.Banyakan istighfar dan salawat keatas Nabi S.a.w, perpanjangkan sedekah,hubungi silatulrahim dengan kaum kerabat,munajat yang berpanjangan,puasa sunat dan baik sangka dengan penyakit yang sedang dialaminya. Berikut dinyatakan penyakit-penyakit yang menyerang perasaan seseorang yang sering dianggap sebagai penyakit mistik.Disini juga diberikan beberapa cadangan ubat HPA sebagai membantu perawatan tersebut.

Racun yang bersifat maknawiah
Ingatlah tiga gulungan yang kehormatannya sangat beracun jika diminum(jatuhkan). Kesakitanya akan menjalar diseluruh tubuh tanpa dapat di ubati oleh sesiapa.Sepanjang hayat akan di serang dengan perasan tidak menentu,celaru dan tidak dapat dijelaskan.

1. Kehormatan ibu bapa suami
2. kehormatan suami
3. kehormatan) ulamak
Masalah kejiwaan dan hubungan dengan enemia.
Masalah kejiwaan sering ada hubungan dengan kekurangan darah yang mengakibatkan timbulnya bermacam-macam perasaan yang tidak enak dirasa oleh tubuh. Memahami keadaan ini akan dapat mengelakan diri dari percaya kepada perkara mistik yang sering dijadikan mitos kepada orang jahil.

1. Kekurangan zat besi.

Tanda-tanda:
- fikiran bercelaru
- fatigue(letih)
- tekanan
- hilang kehendak seks
- pening
- kuku rapuh
- nafas pendek,
- lidah merah terbakar,
- tekanan darah rendah
- Sakit kepala sebelah kanan(lebih/kurang)
- hilang bila ambil zink
- Zink berlebihan (Najis hitam)
- Kopi dan teh akan menghilangkan iron
- Kurang HCL (Herba Tuju Angin)
Terapi :
1. spirulina
2. Aloe Vera
3. Molasses
4. Bayam
5. HB

Nota:
- asas dalam darah merah
- bekerja dengan vitamin C
- ada hubungan dengan coper untuk asimilasi.
- Tumbuhan yang bayak iron kebanyakan banyak copper
- Membantu pengeluaran sel dalam bone marrow
- Ada hubungan dengan pembesaran prostate gland


2. Kekurangan folic asid (omega 3 kapsul,karot)

Tanda-tanda:
- meroyan
- masalah kulit
- rambut cepat beruban
- keguguran
- susah bersalin
- kurang susu
- kematian masa bersalin
- mudah diserang jangkitan.

Terapi:
1. Omega 3 kapsul (mikeral fish)
2. karot

Nota:
- Bergabung dgn Vitamin B 12
- Berkerja dengan vitamin C (roselle)

3. Keperluan vitamin B 12(madu,spirulina dan spirumadu)

Tanda-tanda
- kecelaruan fikiran
- hilang kemampuan berfikir
- susah konsantrasi
- impotensi
- seriawan
- merasa kebas,
- kaku
- bisa bisa
- lemah kaki dan lengan
- susah berjalan

Terapi:
1. madu
2. spirulina
3. spirumadu

Nota:
- bergabung dengan kalsium.

4. Keperluan zink
Tanda-tanda
- kecelaruan fikiran
- Tidak ada semangat hidup
- sirosis hati
- tumbesaran terbantut
- kecacatan bayi
- pembesaran prostate
- masalah fungsi sexsual
- hilang kesuburan
- tidak tahan jangkitan
- lambat luka sembuh
- penyakit kulit
- deria rasa dan bau kurang
- rambut gugur
- kelemumor
- tidak minat belajar
- Alergik pada beberapa jenis herba.

Terapi:
1. Aloe Vera
2. omega 3 kapsul
3. HB
4. susu soya.

Nota:
- Terlibat dalam semua system hormone terutama prostate gland
- pengawalan insulin

Masalah kejiwaan dan hubungan dengan menopause

1. gelisah
2. rasa takut
3. cemas
4. sedih
5. turunnya libido sexs
6. sulit tidur
7. fikiran tidak fokos
8. tekanan
9. emosi tidak stabil
10. iritasi vagina dan saluran kencing
11. pening
12. peluh dimalam hari
13. osteoporosis

Tanda sebegini adalah gejala menopause(putus darah haid) akibat dari kurangnya hormon estrogen dan mineral kalsium.Biasanya bagi wanita moden mereka akan mengambil hormon yang dikenali sebagai HRT.Namun bagitu terdapat pro dan contra dengan penggunaan terapi ini.Pengurangan hormon estrogen berkait rapat dengan kulit menyebabkan proses penuaan mula belaku dengan cepat.Wanita yang dilindungi oleh hormon estrogen untuk kesihatan jantung mula terdedah kepada resiko sakit jantung. Bila berumur 50tahun rata-rata wanita mengalami masalah osteoporisis.Ianya sangat dipengaruhi saat pembentukan massa puncak tulang diusia 20-an .

Kaedah pengubatan ialah seperti berikut:-

1. Pengurangan pengambilan susu
Tubuh yang kurang enzim lactase akan menyebabkan berlakunya fermentasi (pemasaman).Bagi mengurangi pemasaman itu kalsium daripada tulang akan diambil menyebabkan semakin parah belakunya osteoporosis.Hanya dalam peratus yang kecil sahaja calsium dari susu dapat diserap sedangkan kalsium yang dikeluarkan dari tulang lebih banyak.
Susu lembu yang tidak dapat dicernakan akan menyebabkan DNA lembu masuk kedalam darah.Lembu yang sakit atau dipenuhi dengan antibiotik akan menjadikan tubuh badan manusia turut mengalami kerosakan.

2. Pengambilan Paramaria plus dan susu soya.
Cara yang paling baik iaitu mendapatkan kalsium dan pytoestrogen daripada tumbuh-tumbuhan.Pytoestrogen yang sangat baik digunakan ialah daripada pokok polyalthia hypoleuca yang diminum dengan air kacang soya.Spirulina juga sangat baik untuk mendapatkan kalsium dan pytoestrogen

3. Pengambilan herba diusia 20-an
Ketumpatan tulang akan menjadi maksimum pada usia 20an kemudian akan semakin berkurangan 1 % pada setiap tahun.Pada ketika inilah pengambilan herba yang mengandungi kalsium dan pytoestrogen diperlukan sebagai makanan tambahan.

Penutup
Banyak lagi gangguan fikiran seperti mendengar bisikan halus kerana kehaziran logam berat dalam otak dan lain-lain lagi akan dibahaskan dari masa kesemasa.Moga moga kita tergolong dari orang yang mendapat pertunjuk ilahi.
-WALLAHUALAM BISSAWAB'

No comments:

Post a Comment